Friday, July 11, 2008

Cuti Sekolah Bulan Jun

Pada tarikh 9hb hingga ke 13hb June, kami sekeluarga bersama datuk, nenek, keluarga pakcik dan makcik saya telah pergi ke Kuala Lumpur. Kami berangkat dari rumah pada pukul 5.30pagi dengan menaiki kereta - 5 buah kereta kesemuanya, melalui kastam Woodlands.

Kami singgah di Melaka untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Perjalanan ke hotel yang ditempah oleh Makcik saya sangat lama. Oleh kerana ianya bertempat berdekatan dengan KLCC, jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Pakcik saya sesat - penglighatannya terhadang oleh sebuah lori, lalu dia tidak nampak papan tanda.

Sebelum pulang ke Singapura, kami sempat singgah di restoran Satay Kajang Haji Samsuri di Kajang, Kuala Lumpur.
Bukan saja satay kajang, tetapi, satay arnab pun ada... sedap....


Artiste: -
Song:Attack of the Dragons

No Lyrics