Thursday, July 17, 2008

Perkhemahan P5

Pada 2-4 Julai, saya telah pergi berkhemah di St John's Island. Tempat perkhemahan di situ sungguh besar dan cantik. Pada pagi hari pertama, kami menaiki ferry dari Marina South Pier ke St John's Island. Kami tiba di St John's Island pada kira-kira jam 12.30 petang. Pada jam 1 petang kami berjalan ke tempat perkhemahan. Tiba disana, kami menunggu kelas-kelas lain di tempat yang dipanggil "the cage". Pada hari kedua, kami bangun jam 6 pagi untuk bersiap untuk bersarapan. Kami bersarapan pada jam 7 pagi. Selepas itu, jam 8 pagi, kami bermain "Gladiator". Kami menggunakan bom air dan "lolipop besar"(dibuat dari hula-hoop, suratkhabar dan gala panjang). 6 kumpulan boleh bermain permainan ini. Kami harus mencampak bom air ke dalam lolipop besar kumpulan lain. Jam 1 tengah hari, kami makan tengah hari. Pukul 2, kami bermain "Water rafting". Kami membuat "raft"nya dari mengikat tiga buah boya dengan tali rafiah. Kita makan malam pada jam 7 malam. Pada hari ketiga, kami bersarapan dan menaiki ferry pulang ke Singapura.


Artiste: -
Song:Attack of the Dragons

No Lyrics