Thursday, July 17, 2008

Perkhemahan P5

Pada 2-4 Julai, saya telah pergi berkhemah di St John's Island. Tempat perkhemahan di situ sungguh besar dan cantik. Pada pagi hari pertama, kami menaiki ferry dari Marina South Pier ke St John's Island. Kami tiba di St John's Island pada kira-kira jam 12.30 petang. Pada jam 1 petang kami berjalan ke tempat perkhemahan. Tiba disana, kami menunggu kelas-kelas lain di tempat yang dipanggil "the cage". Pada hari kedua, kami bangun jam 6 pagi untuk bersiap untuk bersarapan. Kami bersarapan pada jam 7 pagi. Selepas itu, jam 8 pagi, kami bermain "Gladiator". Kami menggunakan bom air dan "lolipop besar"(dibuat dari hula-hoop, suratkhabar dan gala panjang). 6 kumpulan boleh bermain permainan ini. Kami harus mencampak bom air ke dalam lolipop besar kumpulan lain. Jam 1 tengah hari, kami makan tengah hari. Pukul 2, kami bermain "Water rafting". Kami membuat "raft"nya dari mengikat tiga buah boya dengan tali rafiah. Kita makan malam pada jam 7 malam. Pada hari ketiga, kami bersarapan dan menaiki ferry pulang ke Singapura.

Kawan Baik Saya

Sam, Shi Jun(Kiri) dan Rui Xiang(Bawah) adalah kawan baik saya. Kami berkenalan sejak darjah tiga apabila kami menyertai pasukan bola keranjang di sekolah.
Hari demi hari persahabatan kami semakin akrab tambah lagi apabila kami di satukan di dalam kelas yang sama pada tahun ini.
Kami berempat amat gemar bermain bola keranjang. Hampir setiap hari kami luangkan waktu rehat kami untuk bermain bola keranjang.
Namun begitu, kami tidak mengabaikan pelajaran. Sam dan saya amat cenderung dalam mata pelajaran Matematik, Shi Jun pula cenderung dalam pelajaran bahasa Cina, Rui Xiang pula fasih dalam bahasa Inggeris. Kami saling bantu-membantu dalam pelajaran.

CCA (Kokurikular)

CCA saya ialah bola keranjang. Saya bermain dengan kawan-kawan baik saya, Sam, Shi Jun, Rui Xiang, Hong Xiang, Jia Jie dan Akmal. CCA mereka semua juga bola keranjang. Jia Jie ialah ketua pasukan sekolah saya. Guru CCA saya ialah Mr Koh. Kami pernah ke peraduan bola keranjang dua kali tetapi kami tidak menang satu hadiah pun. Saya suka bermain bola keranjang daripada bola sepak kerana bola sepak perlukan lagi banyak larian daripada bola keranjang.


Artiste: -
Song:Attack of the Dragons

No Lyrics